Skip to main content

Posts

Selamat Tinggal Kenangan

Di saat ini seharusnya aku rasa bahagia. Memang ini kan, yang aku pinta. Saat masih diri disayangi, aku tak hargai. Bila sudah begini aku pula yang merana. Dia juga mesti sudah lelah berharap yang aku akan menyayangi dan menerima seadanya. Lantas jalan ini dia ambil agar aku biasa bahagia dengan jalan hidupku sendiri. Hari demi hari aku mula merasa bahwa aku juga sayang tapi kerna ego aku biarkan rasa ini. Di saat ini aku doakan moga dia bisa berubah dan menjadi yang terbaik buat siapa yang bakal berdamping dengannya di satu saat nanti.  Cerita cinta kita, cukup hanya sampai di sini. Hanya kenangan yang bisa aku kenang selagi rasa cinta ini masih di hati. Terima kasih H.

My Neighbour Can't Sleep Reviewwww

Assalamualaikum and hye semua! Rajin benor kan aku tetiba update blog pasal nak review drama pulak. tiberrrr sangat kannnn. HAHAHAHAHAHA Okeylah straight to the point, kalau korang ada  masa lapang, tak tahu nak buat apa ke, takde idea nak layan drama apa. Haaaa aku suggest kat korang tolonglah layan drama My Neighbor Cant Sleep. Tak tipu cerita ni best hokayyyy.                     sumber: google Jalan cerita yang best. Walaupun pun pada awalnya aku memang cam malas nak layan sebab awal episod tak menarik perhatian aku langsung. Tapi sebab bosan doh cuti sem ni layan jelah. Buang masa sikit. hewhewhew Cerita ni start menarik dan best bila dah hujung episod 1 tu haaa. Bila part Song Mido tu boleh pulak tertidur sekali dengan Xi Song😂. Rupa-rupanya dengan tidur sekali ni buat Xi Song yang ada imsonia tu boleh tidur dengan lena. Dari sini la bermulanya kisah penceritaan diorang sehinggalah diorang jatuh cinta. Actually ma...

HELLO 2020!

Assalamualaikum and hye! Cam biasalah kejap timbul kejap hilang. Hehehehe. Takde masa weh nak update, tapi tulah kalau rajin nak update pun aku takde content la nak menulis apa. Ni pun sebab dah masuk awal tahun so adalah jugak idea nak tulis kennnnnn???? Tak sangka dah masuk tahun 2020. Tak sangka betul weh. Sedih sebab dah last sem kat UKM. Bulan 2 ni dah start intern. MashaAllah aku dah nak masuk fasa-fasa orang dewasa dahni. Tak sedia lagi cane ni weh??? :'( Lepasni takde dahla, kelas cancel, nak pegi PTSL ke tak? Nak makan mee sup ke tak? Jom gi cafe nak tak. Semua dah takde dah lepasni. SEDIHNYA. Well, biasalah lumrah kehidupan. Mesti ada benda baru yang kita kena terokai juga untuk teruskan hidup. Umur dah bertambah so secara tak langsung banyak cabaran yang akan kena hadap gak. Moga semuanya baik-baik saja. Dan paling penting sangat-sangat, moga tesis aku dapat siap on time! so korang yang baca ni tolonglah doakan aku dan rakan-rakan yang lain ya. Moga...

SELAMAT ULANG TAHUN KE 22

Alhamdulillah genap dah umur aku 22 tahun. tapi time aku update ni dah lepas dah birthday aku. hewhewhew. so far,birthday tahun ni dapat sambut dengan kawan-kawan rapat. Cam biasalah dah duduk jauh dari family tersayang mampu sambut dengan kawan jelah. Apa pun tetap syukur dengan adanya orang-orang yang tersayang di sekeliling aku.                     Sumber: Google Alhamdulillah,tahun ni juga sambut dengan ada kehadiran orang baru dalam hidup aku. Jeng.jeng.jeng............ HAHHAHAHAHAHA. Kira tahun ni bertukar la status aku eh. eh tapi just kawan je. just trial and error maybe? Si H tu pun sepanjang berkawan aku rasa cam ok je,so why not kami cuba melangkah ke arah hubungan yang lebih kedepan gituuuuuuu koooooo....... :) So moga jodoh kami berdua panjang dan dipermudahkan untuk urusan seterusnyaaa. Kalau takde jodoh sedih jugak tapi kalau dah ditakdirkan ada jodoh setakat tu je nak buat cena ye dok? sedih memang sed...

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum and hye! Alhamdulillah,tahun ni Allah masih izinkan aku untuk merasai bulan ramadhan.Tak sangka dah puasa.Moga puasa tahun ni segala ibadah aku makin bertingkat dan selalu rajin nak buat kebaikan. Okey tu je aku nak update. Bye semua.

Emosi pulak tetiber ;(

Assalamualaikum and hye! Antara semua entri blog aku,post kali ni yang aku rasa semangat sangat sebab taip time pukul 5.37 pagi kot.HAHAHAHAHAHAHA. Sebenarnya aku takleh tidur sebab tu lah aku ambil keputusan nak tulis dalam blog ni.Actually kira post kali ni cam post curahan hati aku la dan maybe sedikit penghargaan untuk kawan-kawan rapat aku sepanjang dekat UKM ni.Sebab tanpa diorang maybe kehidupan aku dekat UKM ni tak berwarna-warni.Emosi pulak nak taip entri kali ni.Sob sob sob........ Satu sem je lagi nak bersama diorang.Ntah bila lagi nak jumpa nanti kan? Bila dah habis belajar belum tentu akan jumpa balik ke tak ,bukan? Yelah semua dah ada kerjaya dan kehidupan masing-masing.Time tu tentu semua dah busy.Maybe dengan whatsapp dan media sosial yang lain je lah kot sebagai penghubung untuk persahabatan ni berkekalan. Emosi tau bila ingat dah tak banyak masa dah dekat UKM ni.Bila first masuk daftar UKM tak sabar nak habiskan pengajian tapi bila dah nak masuk tahun ...

KENAPA AKU MALAS SANGAT??????

Assalamualaikum and hye! Pada 9/1/19,aku akan menduduki exam untuk subjek Media dan Politik tapi masalahnya aku tak study weh. Aku just baca sikit and then aku layan drama,tidur dan makan je weh. Takutnya aku kalau fail subjek ni. Ye la sebab aku takde usaha langsung untuk study subjek ni. Ya Allah, aku berharap sangat semoga aku dan kawan-kawan sekelasku dipermudahkan untuk menjawab soalan bagi subjek Media dan Politik ini walau aku tahu usaha aku tak setimpal dengan apa yang aku minta. Aku berharap lulus pun dah cukup dan tak perlu untuk aku repeat paper lagi. Ye di saat-saat akhir ni aku memang rasa menyesal walaupun dah tak berguna kan. Serius rasa nak menangis tapi tulah dah terlambat. Tapi takpe selagi belum masuk dewan exam aku masih ada peluang untuk baca sikit lagi. Hehehe. *DAH TAHU NAK EXAM,STUDY PUN ALA KADAR SEMPAT LAGI EH,AKU UPDATE BLOG*

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Assalamualaikum and hye! Wahhh, tak sangka weh dah masuk tahun 2019 dan secara tak langsung umur aku dah 22 tahun walaupun tak secara official lagi. kihkihkih. Tahun baru ni aku masih sama duduk rumah je sambil menghabiskan study week dengan membuang masa . Hmmmmmmm. Acanooo nak dekan camni. Actually aku takde benda pun nak cerita, tapi tetiba je rindu nak menulis dekat blog sebab tu la tetiba update ni. Hhehehhehee. Sedar tak sedar dah nak habis sem 3 dan lima paper masih menanti untuk aku jawab sebelum dapat balik rumah. (tak sabarnya nak balik rumah walaupun cuma duduk terperap dalam rumah je) Alhamdulillah,sem 3 ni,aku rasa paling mencabar kredibiliti aku sebagai pelajar sebabnya kelas memang padat dari pagi sampai petang. Penat jugakla bagi diri aku yang malas bergerak dan bersosial dengan orang lain ni. Bagi sem 3 ni jugak aku rasa aku banyak kenal perangai sebenar kawan-kawan. Muahahahahaha. Aku pun makin lama makin dah mula tunjukkan perangai sebenar aku ni haaaa......

Pengalaman Baru untuk Aku

Assalamualaikum and hye! Untuk makluman semua aku dah selamat mendaftar sebagai pelajar UKM .Alhamdulillah.Terima kasih ya Allah atas rezeki ni. Tapi dalam pada aku bergembira masuk UKM ni tipulah kalau aku cakap aku tak rindu family dan rumah. Jauh weyh Kedah nak ke Bangi ni. Actually aku berharap dapat UUM. Of courselah,aku nak masuk universiti yang dekat dengan rumah. Dengan harapan aku boleh balik tiap-tiap minggu dengan jayanya. Muahahahah. Tapi Allah tentu tahu apa yang terbaik untuk aku. So moga perjalanan aku di UKM selama 3 tahun ni dipermudahkan. Doakan aku ya semua. Komunikasi Media Haa,kalau nak tau tu la kos yang aku dapat dan akan aku belajar selama 3 tahun kat UKM ni. Honestly,aku terkejut jugak sebab aku dapat kos ni. HAHAHAHAHA. Sebab pertamanya,aku ni jenis pendiam orangnya. Aku suka mendengar berbanding bercakap. Kihkihkih. :) Aku tak yakin aku boleh bawak kos ni. Masa tahu aku dapat kos ni family aku serius cakap betul ker boleh ni? Ye la maybe kos ni ka...

Kerja Kilang di Green Point Sungai Petani

Assalamualaikum and hye! Kalini aku nak share sikit pasal pengalaman aku kerja kilang.Hmmm.Serius aku pun tak percaya yang aku kerja kilang.Bukan maksud aku nak perlekehkan orang yang kerja kilang ye.Aku cuma tak percaya aku mampu utk kerja kilang. Mana taknya,aku ni dahla jenis introvert tambah pulak bukan jenis aktif laa.Hu ha sana sini.😂😂.Balik kem ke pergi jalan-jalan beli barang pun aku dah mengadu kat mak aku yang badan2 dah sakit.(dasar pemalas?)😂😂 So bila aku dah start kerja kilang ni,baru la aku tahu erti kesusahan untuk cari rezeki.(time tengah kerja tu la terdetik kat hati,macam ni la abah dan mak susah payah cari rezeki untuk aku dan adik-adik)Sebak tau hati aku.Nasib pakai mask dan spek.Boleh la cover sikit.Hekhekhek.😝 Aku ditempatkan di bahagian printing.Kilang ni tak silap aku ada lagi bahagian seperti assembly satu lagi tak silap digit kot.😅 Bahagian printing ni kira macam cop jenama atas model...

Muet oh Muet

Assalamualaikum and hye! Dah lama aku tak update apa2.Btw,SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.Hahaha.dah berbelas hari baru aku nak wish.Huhu. Nampak kan tajuk entri aku harini?Haaa harini aku nak share result MUET aku.Tinggi sangat ke band yg kau dapat sampai nak buat entri ni?Amboi2x..Biasa2 je.Takdela sampai band 5 semua tu.Alhamdulillah aku dapat band 3.Bagi aku okey dah.Syukur sangat2.Sebab dulu time exam aku asyik dpat band 1,takpun band 2.Ni kira ada peningkatan la.Sekolah aku paling tinggi band 4.Ramai jugak yang dapat band 4.Hehe.Tu je pun yg aku nak cerita.Nanti in shaa Allah entri yg akan datang aku nak share sikit tips yg teacher aku ajar.Mudah-mudahan bermanfaat buat korang semua.Hehe. Bye. Terima Kasih sudi baca apa yang aku bebel ni.Huhu.

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum and hye! Alhamdulillah ,Allah mengizinkan aku untuk merasai ramadhan pada tahun ini.Malah,bersama keluarga tercinta lagi.Heee.Terima kasih Allah. Moga ramadhan kali ni,dapat aku memanfaatkan sepenuhnya untuk beribadah dan berubah ke arah kebaikan.in shaa Allah. Buat anda semua,selamat menyambut ramadhan al-mubarak.Moga ramadhan kali ini memberi sinar buat kita semua. :) Terima kasih sudi membaca. :)

Dah habis exam STPM PENGGAL 2

Assalamualaikum and hye! Alhamdulillah selesai menjawab exam sejarah tadi.So secara automatiknyaaa penggal 2 dah berakhir maka penggal 3 pula sedang menanti.Hee. Dah lama tak berblogging.Hihi.tetiba je rasa rindu.Actually bnyak sbenarnya nak luah tapi ntah better aku pendam dulu la.Nanti-nanti in shaa Allah aku kongsikan.Hihi Okeylah,bye. :)

Aku

Assalamualaikum and hye! Harini entah la mood tak berapa nak okey.Aku tak pasti sebab apa.Maybe aku memang spesies manusia yang suka sangat moody kot.Hahaha.Nasib ada jugak kawan aku yang tahan dengan perangai aku ni.(walaupun aku tau mesti diorang dah muak gila dengan perangai aku yang menjengkelkan ni).Aku serius la tak berapa nak pandai sangat kontrol emosi ni.That's why,aku lebih suka menyendiri.So,org lain tak kena tempias emosi aku yang tak tentu hala ni.Korang mesti ingat,ekelehhhh,kerek gilaaaa perempuan ni.Kerek tak kerek tu perangai aku.Kadang aku tak suka terlalu bnyak berckap.Maybe,aku ambil pendekatan untuk tak disakiti dan menyakiti.Kadang-kadang bila aku berckap bnyak.Hati aku sendiri yang terluka.Sebab tu aku malas sangat nak bergaul mesra dengan org sekeliling.Korang pernah ada perasaan mcam ni tak?Ke aku sorang je?Haishhh!Kadang aku dah paksa diri ni buat hati kering sikit,tapi still tak boleh,cemana ye? :( Aku tak suka la mcam nie.Cukup la sampai sini je.Actuall...

Pemalas

Assalamualaikum and hye! Aku just nak cakap cuti raya cina ni aku malas gilaaaa.Homework dahla banyak,tak campur dengan kerja kursus lagi.Ya Allah,teruknya aku.Masih boleh buat benda yang tak berfaedah lagi.Padahal banyak benda yang berfaedah aku boleh buat.Korang doakanlah bagi aku rajin sikit.Heheh Terima kasih sudi membaca. :)

Kerja kursus

Assalamualaikum and hye! Seperti yang tertera tajuk di atas tu,haa ni aku nak membebel sikit pasal kerja kursus ni.Ya Allah... T_T Pening kepala menghadap laptop lama-lama semata-mata nak siapkan kerja kursus ni.Payahnyaaa. Maybe aku patut keluar rumah sambil menghirup udara yang segar kot.Ye la terperuk je dalam rumah tu yang pening kepala. :'( Sambil berusaha nak siapkan kerja kursus ni sedikit demi sedikit terselit jugak la dalam hati ni moga-moga dapat tawaran dari mana-mana.(i tak tahan) T_T Teruknya aku ni,mudah sangat putus asa.Korang doakan aku ye.okeylah,cukup la setakat ni dulu.rasa nak menonton televisyen lerr utk hilangkan pening kepala ni.Kahkahkah. Terima kasih sudi membaca. :)

Contengan Rasa

Assalamualaikum and hye! Harini tetiba aku rasa rajin nak update blog.Just nak luahkan apa yg terbuku dalam hati aku ni. First: Pagi tadi tetiba moto yg aku bwak mati sebab aku brek dengan mengejut.so matilah enjin moto tu.dan bila nak start balik tak boleh. (time ni aku cuak)T_T. dah la org yg lalu lalang tak tolong pun.Woiii,aku tak reti start moto.berhenti la tlg startkan moto tu utk aku.(sadiskan part nie?)dah la iolls lmbat nak pergi sekolah.alhamdulillah,finally ada sorang pakcik yg baik hati tlg aku start moto tu.dan selepas mengucapkan ribuan terima kasih pada pakcik tu aku pun blah la dari situ.(time ni pakcik tu sempat pesan bawak moto elok2 eh,dan yg tak sangka sangat2 dia tnggu aku blah dari situ smpai mata dia x nmpak aku dah)part ni buat aku rasa tersentuh sangat.Hikhik.aku doakan pakcik tu dimurahkan rezeki dan urusan dunia serta akhirat.tenkiu pakcik sebab tolong kami. :) Second: Aku dah order buku sejarah kat cg.Lela tapi asal aku tak dpat pun buku tu.Hmmm.menang...

STPM PENGGAL 2

Assalamualaikum and hye! Time ni aku sibuk buat soalan syariah tapi aku cuba curi2 masa nak update blog biar tak kosong tnpa entri baru.(nak tnjuk rajin lettew).Acecece. Sekarang dah tahun 2016,mean umur aku dah 19 tahun secara tak rasmi.(masih tak percaya dah nak tua). T_T Aku sambung f6 tau memandangkan keputusan UPU tidak melayakkan aku nak sambung belajar di ipta di Malaysia ni.Tapi okey ape f6 ni.HAHAHAH(sedapkan hati sendiri yg tiba2 sedang lara.)Kahkahkah Tahun lepas lower six aku stay asrma,tahun ni aku just berulang je.Dah tak nak dduk asrama.Saje nak life mcam biasa tnpa terikat dengan peraturan asrma yang agak ketat. :( Actually,aku just nak bgitahu penggal dua ni seriously busy giler.Subjek yang aku ambil semua ada kerja khusus.T_T Ya ampunnnn!!!Dengan subjeknya yang aku masih merangkak-rangkak nak cuba hadap.Kadang-kadang,aku rasa nak blah je dari f6 ni.(sebenarnya selalu je pkir nak bhnti f6). Tapi dngan smngat dri mak aku yg nak aku hbiskan stpm ni dengan jayanya,...

Mood

Kadang aku boleh ketawa sampai hilang duka di jiwa.Kadang,aku juga boleh menangis tanpa aku sendiri tahu apa sebabnya.Ya,aku juga pelik dengan diri sendiri.

Maaf.

Kau tahu rasa sakit hati itu bagaimana?Ya,perasaan sakit hati yang tidak mampu aku bendung mahupun kutapis letak di tepi.Tipu jika aku bilang aku maafkan kau tanpa ada rasa lain.Maaf,kadang aku juga punya rasa jelek yang buatkan kau mampu bencikan aku.Maaf,sekali lagi dariku buat kamu.