Assalamualaikum and hye semua!
Rajin benor kan aku tetiba update blog pasal nak review drama pulak. tiberrrr sangat kannnn. HAHAHAHAHAHA
Okeylah straight to the point, kalau korang ada masa lapang, tak tahu nak buat apa ke, takde idea nak layan drama apa. Haaaa aku suggest kat korang tolonglah layan drama My Neighbor Cant Sleep. Tak tipu cerita ni best hokayyyy.
Jalan cerita yang best. Walaupun pun pada awalnya aku memang cam malas nak layan sebab awal episod tak menarik perhatian aku langsung. Tapi sebab bosan doh cuti sem ni layan jelah. Buang masa sikit. hewhewhew
Cerita ni start menarik dan best bila dah hujung episod 1 tu haaa. Bila part Song Mido tu boleh pulak tertidur sekali dengan Xi Song😂. Rupa-rupanya dengan tidur sekali ni buat Xi Song yang ada imsonia tu boleh tidur dengan lena. Dari sini la bermulanya kisah penceritaan diorang sehinggalah diorang jatuh cinta. Actually masa memula layan drama ni, aku tak suka sangat dengan sikap Song Mido ni. Aktif dan ceria semacam. Hahahahaah. dah lama-lama rasa cam okayy. nampak comel pulak Song Mido ni. Muka dia cam penyanyi dan pelakon perempuan kat Korea. tapi aku tak ingat la pulak apa nama dia. tak silap dia dulu pernah join Produce 101. Nanti aku dah tau apa nama dia. aku update balik.
Hero drama ni memula aku cam eeee kenapa amik dia jadi hero eh. Cam tak kena je dengan heroin. Ntah rasa cam biasa je. Bukan standart hero la yang handsome-handsome tu. Tapi bila dah lelama nampak handsome doh. Macam Ji Chang Wook. tak tipu!!!!
Secara overall cerita ni sesuai bagi korang yang tak suka layan drama berat-berat. Nak chill, malas nak serabut kepala otak amatlah dialu-alukan untuk menonton. Jangan risau drama ni episodnya tak panjang pun. 24 episod je. Kira okaylahhh berbanding drama Chinese yang lain banyak episod doh. Penat aku nak marathon tau.
Ceh kata nak review tapi nampak cam tak review pun kan. HAHAHAHAHA. Alaaaa kalau review penuh korang tak layan pulak drama ni. Jadi better korang pergi tengok sendiri hokayyy? Search je kat youtube.
Okay tu je nak update. Saja nak bagi meriah sikit blog ni. Bye semoga bertemu lagi. Wutwutwut
Comments
Post a Comment