Skip to main content

Posts

Selamat Tinggal Kenangan

Di saat ini seharusnya aku rasa bahagia. Memang ini kan, yang aku pinta. Saat masih diri disayangi, aku tak hargai. Bila sudah begini aku pula yang merana. Dia juga mesti sudah lelah berharap yang aku akan menyayangi dan menerima seadanya. Lantas jalan ini dia ambil agar aku biasa bahagia dengan jalan hidupku sendiri. Hari demi hari aku mula merasa bahwa aku juga sayang tapi kerna ego aku biarkan rasa ini. Di saat ini aku doakan moga dia bisa berubah dan menjadi yang terbaik buat siapa yang bakal berdamping dengannya di satu saat nanti.  Cerita cinta kita, cukup hanya sampai di sini. Hanya kenangan yang bisa aku kenang selagi rasa cinta ini masih di hati. Terima kasih H.
Recent posts

My Neighbour Can't Sleep Reviewwww

Assalamualaikum and hye semua! Rajin benor kan aku tetiba update blog pasal nak review drama pulak. tiberrrr sangat kannnn. HAHAHAHAHAHA Okeylah straight to the point, kalau korang ada  masa lapang, tak tahu nak buat apa ke, takde idea nak layan drama apa. Haaaa aku suggest kat korang tolonglah layan drama My Neighbor Cant Sleep. Tak tipu cerita ni best hokayyyy.                     sumber: google Jalan cerita yang best. Walaupun pun pada awalnya aku memang cam malas nak layan sebab awal episod tak menarik perhatian aku langsung. Tapi sebab bosan doh cuti sem ni layan jelah. Buang masa sikit. hewhewhew Cerita ni start menarik dan best bila dah hujung episod 1 tu haaa. Bila part Song Mido tu boleh pulak tertidur sekali dengan Xi Song😂. Rupa-rupanya dengan tidur sekali ni buat Xi Song yang ada imsonia tu boleh tidur dengan lena. Dari sini la bermulanya kisah penceritaan diorang sehinggalah diorang jatuh cinta. Actually ma...

HELLO 2020!

Assalamualaikum and hye! Cam biasalah kejap timbul kejap hilang. Hehehehe. Takde masa weh nak update, tapi tulah kalau rajin nak update pun aku takde content la nak menulis apa. Ni pun sebab dah masuk awal tahun so adalah jugak idea nak tulis kennnnnn???? Tak sangka dah masuk tahun 2020. Tak sangka betul weh. Sedih sebab dah last sem kat UKM. Bulan 2 ni dah start intern. MashaAllah aku dah nak masuk fasa-fasa orang dewasa dahni. Tak sedia lagi cane ni weh??? :'( Lepasni takde dahla, kelas cancel, nak pegi PTSL ke tak? Nak makan mee sup ke tak? Jom gi cafe nak tak. Semua dah takde dah lepasni. SEDIHNYA. Well, biasalah lumrah kehidupan. Mesti ada benda baru yang kita kena terokai juga untuk teruskan hidup. Umur dah bertambah so secara tak langsung banyak cabaran yang akan kena hadap gak. Moga semuanya baik-baik saja. Dan paling penting sangat-sangat, moga tesis aku dapat siap on time! so korang yang baca ni tolonglah doakan aku dan rakan-rakan yang lain ya. Moga...

SELAMAT ULANG TAHUN KE 22

Alhamdulillah genap dah umur aku 22 tahun. tapi time aku update ni dah lepas dah birthday aku. hewhewhew. so far,birthday tahun ni dapat sambut dengan kawan-kawan rapat. Cam biasalah dah duduk jauh dari family tersayang mampu sambut dengan kawan jelah. Apa pun tetap syukur dengan adanya orang-orang yang tersayang di sekeliling aku.                     Sumber: Google Alhamdulillah,tahun ni juga sambut dengan ada kehadiran orang baru dalam hidup aku. Jeng.jeng.jeng............ HAHHAHAHAHAHA. Kira tahun ni bertukar la status aku eh. eh tapi just kawan je. just trial and error maybe? Si H tu pun sepanjang berkawan aku rasa cam ok je,so why not kami cuba melangkah ke arah hubungan yang lebih kedepan gituuuuuuu koooooo....... :) So moga jodoh kami berdua panjang dan dipermudahkan untuk urusan seterusnyaaa. Kalau takde jodoh sedih jugak tapi kalau dah ditakdirkan ada jodoh setakat tu je nak buat cena ye dok? sedih memang sed...

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum and hye! Alhamdulillah,tahun ni Allah masih izinkan aku untuk merasai bulan ramadhan.Tak sangka dah puasa.Moga puasa tahun ni segala ibadah aku makin bertingkat dan selalu rajin nak buat kebaikan. Okey tu je aku nak update. Bye semua.

Emosi pulak tetiber ;(

Assalamualaikum and hye! Antara semua entri blog aku,post kali ni yang aku rasa semangat sangat sebab taip time pukul 5.37 pagi kot.HAHAHAHAHAHAHA. Sebenarnya aku takleh tidur sebab tu lah aku ambil keputusan nak tulis dalam blog ni.Actually kira post kali ni cam post curahan hati aku la dan maybe sedikit penghargaan untuk kawan-kawan rapat aku sepanjang dekat UKM ni.Sebab tanpa diorang maybe kehidupan aku dekat UKM ni tak berwarna-warni.Emosi pulak nak taip entri kali ni.Sob sob sob........ Satu sem je lagi nak bersama diorang.Ntah bila lagi nak jumpa nanti kan? Bila dah habis belajar belum tentu akan jumpa balik ke tak ,bukan? Yelah semua dah ada kerjaya dan kehidupan masing-masing.Time tu tentu semua dah busy.Maybe dengan whatsapp dan media sosial yang lain je lah kot sebagai penghubung untuk persahabatan ni berkekalan. Emosi tau bila ingat dah tak banyak masa dah dekat UKM ni.Bila first masuk daftar UKM tak sabar nak habiskan pengajian tapi bila dah nak masuk tahun ...

KENAPA AKU MALAS SANGAT??????

Assalamualaikum and hye! Pada 9/1/19,aku akan menduduki exam untuk subjek Media dan Politik tapi masalahnya aku tak study weh. Aku just baca sikit and then aku layan drama,tidur dan makan je weh. Takutnya aku kalau fail subjek ni. Ye la sebab aku takde usaha langsung untuk study subjek ni. Ya Allah, aku berharap sangat semoga aku dan kawan-kawan sekelasku dipermudahkan untuk menjawab soalan bagi subjek Media dan Politik ini walau aku tahu usaha aku tak setimpal dengan apa yang aku minta. Aku berharap lulus pun dah cukup dan tak perlu untuk aku repeat paper lagi. Ye di saat-saat akhir ni aku memang rasa menyesal walaupun dah tak berguna kan. Serius rasa nak menangis tapi tulah dah terlambat. Tapi takpe selagi belum masuk dewan exam aku masih ada peluang untuk baca sikit lagi. Hehehe. *DAH TAHU NAK EXAM,STUDY PUN ALA KADAR SEMPAT LAGI EH,AKU UPDATE BLOG*