Skip to main content

Posts

Emosi pulak tetiber ;(

Assalamualaikum and hye! Antara semua entri blog aku,post kali ni yang aku rasa semangat sangat sebab taip time pukul 5.37 pagi kot.HAHAHAHAHAHAHA. Sebenarnya aku takleh tidur sebab tu lah aku ambil keputusan nak tulis dalam blog ni.Actually kira post kali ni cam post curahan hati aku la dan maybe sedikit penghargaan untuk kawan-kawan rapat aku sepanjang dekat UKM ni.Sebab tanpa diorang maybe kehidupan aku dekat UKM ni tak berwarna-warni.Emosi pulak nak taip entri kali ni.Sob sob sob........ Satu sem je lagi nak bersama diorang.Ntah bila lagi nak jumpa nanti kan? Bila dah habis belajar belum tentu akan jumpa balik ke tak ,bukan? Yelah semua dah ada kerjaya dan kehidupan masing-masing.Time tu tentu semua dah busy.Maybe dengan whatsapp dan media sosial yang lain je lah kot sebagai penghubung untuk persahabatan ni berkekalan. Emosi tau bila ingat dah tak banyak masa dah dekat UKM ni.Bila first masuk daftar UKM tak sabar nak habiskan pengajian tapi bila dah nak masuk tahun ...

KENAPA AKU MALAS SANGAT??????

Assalamualaikum and hye! Pada 9/1/19,aku akan menduduki exam untuk subjek Media dan Politik tapi masalahnya aku tak study weh. Aku just baca sikit and then aku layan drama,tidur dan makan je weh. Takutnya aku kalau fail subjek ni. Ye la sebab aku takde usaha langsung untuk study subjek ni. Ya Allah, aku berharap sangat semoga aku dan kawan-kawan sekelasku dipermudahkan untuk menjawab soalan bagi subjek Media dan Politik ini walau aku tahu usaha aku tak setimpal dengan apa yang aku minta. Aku berharap lulus pun dah cukup dan tak perlu untuk aku repeat paper lagi. Ye di saat-saat akhir ni aku memang rasa menyesal walaupun dah tak berguna kan. Serius rasa nak menangis tapi tulah dah terlambat. Tapi takpe selagi belum masuk dewan exam aku masih ada peluang untuk baca sikit lagi. Hehehe. *DAH TAHU NAK EXAM,STUDY PUN ALA KADAR SEMPAT LAGI EH,AKU UPDATE BLOG*

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Assalamualaikum and hye! Wahhh, tak sangka weh dah masuk tahun 2019 dan secara tak langsung umur aku dah 22 tahun walaupun tak secara official lagi. kihkihkih. Tahun baru ni aku masih sama duduk rumah je sambil menghabiskan study week dengan membuang masa . Hmmmmmmm. Acanooo nak dekan camni. Actually aku takde benda pun nak cerita, tapi tetiba je rindu nak menulis dekat blog sebab tu la tetiba update ni. Hhehehhehee. Sedar tak sedar dah nak habis sem 3 dan lima paper masih menanti untuk aku jawab sebelum dapat balik rumah. (tak sabarnya nak balik rumah walaupun cuma duduk terperap dalam rumah je) Alhamdulillah,sem 3 ni,aku rasa paling mencabar kredibiliti aku sebagai pelajar sebabnya kelas memang padat dari pagi sampai petang. Penat jugakla bagi diri aku yang malas bergerak dan bersosial dengan orang lain ni. Bagi sem 3 ni jugak aku rasa aku banyak kenal perangai sebenar kawan-kawan. Muahahahahaha. Aku pun makin lama makin dah mula tunjukkan perangai sebenar aku ni haaaa......

Pengalaman Baru untuk Aku

Assalamualaikum and hye! Untuk makluman semua aku dah selamat mendaftar sebagai pelajar UKM .Alhamdulillah.Terima kasih ya Allah atas rezeki ni. Tapi dalam pada aku bergembira masuk UKM ni tipulah kalau aku cakap aku tak rindu family dan rumah. Jauh weyh Kedah nak ke Bangi ni. Actually aku berharap dapat UUM. Of courselah,aku nak masuk universiti yang dekat dengan rumah. Dengan harapan aku boleh balik tiap-tiap minggu dengan jayanya. Muahahahah. Tapi Allah tentu tahu apa yang terbaik untuk aku. So moga perjalanan aku di UKM selama 3 tahun ni dipermudahkan. Doakan aku ya semua. Komunikasi Media Haa,kalau nak tau tu la kos yang aku dapat dan akan aku belajar selama 3 tahun kat UKM ni. Honestly,aku terkejut jugak sebab aku dapat kos ni. HAHAHAHAHA. Sebab pertamanya,aku ni jenis pendiam orangnya. Aku suka mendengar berbanding bercakap. Kihkihkih. :) Aku tak yakin aku boleh bawak kos ni. Masa tahu aku dapat kos ni family aku serius cakap betul ker boleh ni? Ye la maybe kos ni ka...

Kerja Kilang di Green Point Sungai Petani

Assalamualaikum and hye! Kalini aku nak share sikit pasal pengalaman aku kerja kilang.Hmmm.Serius aku pun tak percaya yang aku kerja kilang.Bukan maksud aku nak perlekehkan orang yang kerja kilang ye.Aku cuma tak percaya aku mampu utk kerja kilang. Mana taknya,aku ni dahla jenis introvert tambah pulak bukan jenis aktif laa.Hu ha sana sini.😂😂.Balik kem ke pergi jalan-jalan beli barang pun aku dah mengadu kat mak aku yang badan2 dah sakit.(dasar pemalas?)😂😂 So bila aku dah start kerja kilang ni,baru la aku tahu erti kesusahan untuk cari rezeki.(time tengah kerja tu la terdetik kat hati,macam ni la abah dan mak susah payah cari rezeki untuk aku dan adik-adik)Sebak tau hati aku.Nasib pakai mask dan spek.Boleh la cover sikit.Hekhekhek.😝 Aku ditempatkan di bahagian printing.Kilang ni tak silap aku ada lagi bahagian seperti assembly satu lagi tak silap digit kot.😅 Bahagian printing ni kira macam cop jenama atas model...

Muet oh Muet

Assalamualaikum and hye! Dah lama aku tak update apa2.Btw,SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.Hahaha.dah berbelas hari baru aku nak wish.Huhu. Nampak kan tajuk entri aku harini?Haaa harini aku nak share result MUET aku.Tinggi sangat ke band yg kau dapat sampai nak buat entri ni?Amboi2x..Biasa2 je.Takdela sampai band 5 semua tu.Alhamdulillah aku dapat band 3.Bagi aku okey dah.Syukur sangat2.Sebab dulu time exam aku asyik dpat band 1,takpun band 2.Ni kira ada peningkatan la.Sekolah aku paling tinggi band 4.Ramai jugak yang dapat band 4.Hehe.Tu je pun yg aku nak cerita.Nanti in shaa Allah entri yg akan datang aku nak share sikit tips yg teacher aku ajar.Mudah-mudahan bermanfaat buat korang semua.Hehe. Bye. Terima Kasih sudi baca apa yang aku bebel ni.Huhu.

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum and hye! Alhamdulillah ,Allah mengizinkan aku untuk merasai ramadhan pada tahun ini.Malah,bersama keluarga tercinta lagi.Heee.Terima kasih Allah. Moga ramadhan kali ni,dapat aku memanfaatkan sepenuhnya untuk beribadah dan berubah ke arah kebaikan.in shaa Allah. Buat anda semua,selamat menyambut ramadhan al-mubarak.Moga ramadhan kali ini memberi sinar buat kita semua. :) Terima kasih sudi membaca. :)