Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

SELAMAT ULANG TAHUN KE 22

Alhamdulillah genap dah umur aku 22 tahun. tapi time aku update ni dah lepas dah birthday aku. hewhewhew. so far,birthday tahun ni dapat sambut dengan kawan-kawan rapat. Cam biasalah dah duduk jauh dari family tersayang mampu sambut dengan kawan jelah. Apa pun tetap syukur dengan adanya orang-orang yang tersayang di sekeliling aku.                     Sumber: Google Alhamdulillah,tahun ni juga sambut dengan ada kehadiran orang baru dalam hidup aku. Jeng.jeng.jeng............ HAHHAHAHAHAHA. Kira tahun ni bertukar la status aku eh. eh tapi just kawan je. just trial and error maybe? Si H tu pun sepanjang berkawan aku rasa cam ok je,so why not kami cuba melangkah ke arah hubungan yang lebih kedepan gituuuuuuu koooooo....... :) So moga jodoh kami berdua panjang dan dipermudahkan untuk urusan seterusnyaaa. Kalau takde jodoh sedih jugak tapi kalau dah ditakdirkan ada jodoh setakat tu je nak buat cena ye dok? sedih memang sed...

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum and hye! Alhamdulillah,tahun ni Allah masih izinkan aku untuk merasai bulan ramadhan.Tak sangka dah puasa.Moga puasa tahun ni segala ibadah aku makin bertingkat dan selalu rajin nak buat kebaikan. Okey tu je aku nak update. Bye semua.

Emosi pulak tetiber ;(

Assalamualaikum and hye! Antara semua entri blog aku,post kali ni yang aku rasa semangat sangat sebab taip time pukul 5.37 pagi kot.HAHAHAHAHAHAHA. Sebenarnya aku takleh tidur sebab tu lah aku ambil keputusan nak tulis dalam blog ni.Actually kira post kali ni cam post curahan hati aku la dan maybe sedikit penghargaan untuk kawan-kawan rapat aku sepanjang dekat UKM ni.Sebab tanpa diorang maybe kehidupan aku dekat UKM ni tak berwarna-warni.Emosi pulak nak taip entri kali ni.Sob sob sob........ Satu sem je lagi nak bersama diorang.Ntah bila lagi nak jumpa nanti kan? Bila dah habis belajar belum tentu akan jumpa balik ke tak ,bukan? Yelah semua dah ada kerjaya dan kehidupan masing-masing.Time tu tentu semua dah busy.Maybe dengan whatsapp dan media sosial yang lain je lah kot sebagai penghubung untuk persahabatan ni berkekalan. Emosi tau bila ingat dah tak banyak masa dah dekat UKM ni.Bila first masuk daftar UKM tak sabar nak habiskan pengajian tapi bila dah nak masuk tahun ...

KENAPA AKU MALAS SANGAT??????

Assalamualaikum and hye! Pada 9/1/19,aku akan menduduki exam untuk subjek Media dan Politik tapi masalahnya aku tak study weh. Aku just baca sikit and then aku layan drama,tidur dan makan je weh. Takutnya aku kalau fail subjek ni. Ye la sebab aku takde usaha langsung untuk study subjek ni. Ya Allah, aku berharap sangat semoga aku dan kawan-kawan sekelasku dipermudahkan untuk menjawab soalan bagi subjek Media dan Politik ini walau aku tahu usaha aku tak setimpal dengan apa yang aku minta. Aku berharap lulus pun dah cukup dan tak perlu untuk aku repeat paper lagi. Ye di saat-saat akhir ni aku memang rasa menyesal walaupun dah tak berguna kan. Serius rasa nak menangis tapi tulah dah terlambat. Tapi takpe selagi belum masuk dewan exam aku masih ada peluang untuk baca sikit lagi. Hehehe. *DAH TAHU NAK EXAM,STUDY PUN ALA KADAR SEMPAT LAGI EH,AKU UPDATE BLOG*

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Assalamualaikum and hye! Wahhh, tak sangka weh dah masuk tahun 2019 dan secara tak langsung umur aku dah 22 tahun walaupun tak secara official lagi. kihkihkih. Tahun baru ni aku masih sama duduk rumah je sambil menghabiskan study week dengan membuang masa . Hmmmmmmm. Acanooo nak dekan camni. Actually aku takde benda pun nak cerita, tapi tetiba je rindu nak menulis dekat blog sebab tu la tetiba update ni. Hhehehhehee. Sedar tak sedar dah nak habis sem 3 dan lima paper masih menanti untuk aku jawab sebelum dapat balik rumah. (tak sabarnya nak balik rumah walaupun cuma duduk terperap dalam rumah je) Alhamdulillah,sem 3 ni,aku rasa paling mencabar kredibiliti aku sebagai pelajar sebabnya kelas memang padat dari pagi sampai petang. Penat jugakla bagi diri aku yang malas bergerak dan bersosial dengan orang lain ni. Bagi sem 3 ni jugak aku rasa aku banyak kenal perangai sebenar kawan-kawan. Muahahahahaha. Aku pun makin lama makin dah mula tunjukkan perangai sebenar aku ni haaaa......